rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

The Secret to Riches



I am a money magnet,
Everything I touch turns to gold,
I have more riches than King Solomon's Mines,
Money falls like an avalanche over me,
There is more money being printed for me right now,
I am receiving money making ideas every day,
I am receiving unexpected checks in the mail,
I have more than enough money for everything I want,
I have my dream home,
I have the best of everything,
I am grateful and celebrate every day,
I know when I ask for what I want,
No matter what it is that I want,
No matter how impossible it may seem,
If I believe and know it is mine,
The answer must be..

Puteri Yasmin+Najib

Puteri Yasmin + Najib

Puteri Yasmin + Najib

Puteri Yasmin + Najib

Puteri Yasmin + Najib

Coming Soon

Puteri Yasmin+Najib

Pre Weeding Mai+Yatim

Mai + Yatim

Mai + Yatim

Mai + Yatim


By: Syed Fauzi
Page FB: http://www.facebook.com/pages/Syed-Fauzi-Photography/130904113640298

Mode Kamera

Terdapat 3 jenis mode kamera yang perlu kita ketahui di dalam kamera iaitu Auto, Semi Auto dan Manual

Mode Automatic

Perkataan tu dah mengambarkan mengenai mode ini. Mode ini ialah mode automatic yang akan mengawal sendiri Shutter Speed, Aperture, ISO dan White Balance. Dengan menggunakan mode ini pengguna tidak perlu runsing untuk memilih sebarang setting, just point and shoot. Gambar yang akan diperolehi juga adalah baik walaubagaimanapun kekurangannya kita tidak boleh memasukkan nilai tambah atau maklumat tambahan pada kamera untuk merakam sesuatu gambar iuntuk menghasilkan gambar yang di ingini (Senang kata pakai mode ni tembak je confirm jadi lah :) )

Mode automatic ni pun ada yang khusus untuk satu-satu jenis gambar. Contoh Potrait (saiz aperture besar), Landscape (saiz aperture besar), Sports (shutter speed yang cepat), Macro (dekat kan distace focus), Night
(shutter speed lambat and saiz aperture besar) dan lain2 lagi.

Mode Semi Auto

Mengawal sebahagian daripada mana-mana setting. Antara contoh mode Semi Auto ialah Tv/S, Av/A, dan P

Tv/S-  Mengawal Shutter dan membiarkan kamera mengawal Aperture,  ISO dan White Balance
Av/A- Mengawal Aperture dan membiarkan kamera mengawal Shutter, ISO dan White Balance
P- Mode ni sama macam full Auto tapi pada mode ni kita masih boleh mengawal ISO, White Balance dan Flash

Mode Manual

Pada mode ini anda boleh mengawal semua setting yang terdapat di kamera anda dengan bebas tanpa sebarang had limit yang telah di tentukan seperti auto dan semi auto. Nampak seperti sukar walaubagaimanapun once seseorang itu telah mahir menggunakan mode ini ianya akan menghasilkan gambar yang lebih baik dan kreatif berbanding menggunakan mode automatic, semiautomatic dan sebagainya.


10 Perkara Yang Tak Perlu Diungkapkan Pada Seorang Perempuan


Gambar ni aku ambil dari sebuah blog semasa aku blog walking.  Aku jadi tertarik dengan gambar di atas  ni .. macam best ada, macam kelakar pun ada haha. Ni aku masukkan sekali serba sedikit komen penulis blog yang aku ambil tu mengenai gambar di atas hasil pengalaman beliau :)

#1 Mengungkapkan magic word ‘I love you’ masa tengah gaduh atau dia tengah marah. ermm.. Ada kebenarannya. Bayangkan kalau si lelaki ada buat salah atau ada salah mana-mana lepas tu cakap ‘I love you’ mesti dia balas balik, ‘Kalau u sayang, kenapa u buat macam ni? bla.. bla.. bla.. ‘ Jadi kalau nak play safe, elok sangatlah pihak lelaki ni bersabar sikit time perempuan tengah panas. Diamkan aje, biar dia habis membebel, biar dia menang. Ya kan aje apa yang dia cakap, lebih-lebih lagi kalau dapat perempuan jenis yang kuat merajuk ni. Dia dah habis cakap, dah diam kejap baru tegur balik. Make up for your mistakes atau kalau dah kahwin boleh make out terus kan.. hehe. Apa-apa pun dalam relationship, masa tengah gaduh api tak boleh dibalas api. Kena kasi air baru padam.

#2 Perempuan ni dia suka minta pendapat lelaki dia dalam apa-apa decision making process yang dia rasa sesuai untuk dibincangkan. Betul. Kalau tengah kawan tu, ni salah satu sign untuk tahu samada korang berdua ni dah cukup rapat ke belum, atau samada perempuan tu percaya si lelaki ke tak. Kalau dia percaya boleh la proceed to the next step kan. Yang buat perempuan jadi frust adalah bila dia tanya pendapat, lelaki pulak bagi jawapan terserah anda. fuhh.. memang masa tu dia rasa korang lah manusia yang terpaling tak berguna sekali dalam hidup dia. Serius. Kalaupun susah atau benda tu dan korang tak tau langsung, cuba jelah kasi pendapat sebaris dua. Sekurang-kurangnya dia boleh bagi markah sebab mencuba. Lagipun, takkan la perempuan ni nak tanya benda yang memang tak berkaitan langsung untuk dibincangkan. Tak logik la macam tu.

#3 Okay.. yang ni aku kurang pasti sangat. Tapi biasanya perempuan ni akan datang pada lelaki dia untuk mengadu masalah. Dengar je.. dengar dengan sepenuh perhatian dan jangan buat benda lain. Aku selalu je nampak kaum lelaki ni macam acuh tak acuh je layan girlfriend dia. Kesian pulak tengok. Kadang-kadang tak ada apa sangat pun, diorang nak mengadu je. Itu hak mereka sebagai kekasih/isteri. Jangan diabaikan. Karang ada tempat mengadu yang lain, korang jugak yang susah. Padan muka!

#4 Bila bersama janganlah diam membisu sebab pada perempuan kalau lelaki ni diam je, mesti ada udang di sebalik batu. Diam ubi berisi.. Lepas tu diorang dah tak senang duduk, mula fikir macam-macam. Ada yang terus takde mood, fed up sebab keluar jumpa tunggul kayu. Walaupun korang ni jenis tak reti cakap macam aku, cuba cari sesuatu yang boleh dijadikan topik. Apa-apa sahaja asalkan bersesuaian. Tapi kalau masa first date dah macam takde apa-apa sangat, masing-masing tak boleh nak click, boleh lupakan jelah.

#5 Ni pun aku tak tau sangat, tapi kalau aku play safe je. Dia tanya, ‘How do I look?’ Sila jawab dengan jawapan standard macam, ‘You look good/beautiful’ Always play safe lebih-lebih lagi on the first date. Kalau boleh masa first date tu, terus je puji: ‘Ah.. you look beautiful than I’ve imagined’ haaa… dia confirm cair punya.

#6 No komen.

#7 Ni salah satu pantang larang terbesar dalam relationship. Jangan sesekali puji perempuan lain yang ko nampak depan dia walaupun dia ada tanya, terutamanya perempuan yang ko dan/atau dia kenal. ish.. Kalau dia tanya si X ni ok tak? Just cakap ok. Jangan nak kasi detail apa-apa. Serius. Sila elakkan kesilapan bodoh ini wahai kaum lelaki.
 
#8 Perempuan ni kalau sampai time emotional dia, ya ampunn… ada yang memang emo habis. Tak boleh silap sikit, habis dia gunakan terhadap korang. Bila macam ni satu je, jangan cakap, ‘Apesal you ni emo sangat hari ni?’ Ada perempuan yang jenis ok sikit akan sedar dan dia akan kurangkan buat perangai tu, tapi ada juga yang tak maka teradilah kes api lawan dengan api. Kalau jadi macam tu, eloklah kasi dia cool down terus. Kurangkan komunikasi.

#9 Lagi satu pantang larang terbesar, jangan sesekali bandingkan dia dengan perempuan lain atau lebih teruk lagi dengan bekas kekasih korang.. Memang dia akan mengamuk atau pun merajuk seminggu dua. Jangan buat. Tapi perempuan ni kadang-kadang suka je nak tau pasal ex korang. Mesti dia akan tanya, aku pun tak faham kenapa. Lelaki ni kalau boleh dah tak nak fikir pasal bekas kekasih dia, tak nak ingat. Jadi kaum perempuan kalau boleh, jangan la tanya kalau dia tak suka dan lelaki kalau diorang nak sangat tau, elakkan bagitau benda detail-detail sangat.

#10 Hal perut berlipat, terlebih lemak atau apa tak perlulah diungkapkan secara terang-terangan. Kecik hati dia nanti. ishh..

So thats all :)
Syed Fauzi

Beautiful Blogger Awards

Hari ini aku mencatatkan sejarah apabila ini lah kali pertama aku menerima award daripada Syazwan Akid. Thanks Akid =)

Tapi ada syarat la pulak. kena describe 7 things about my self...hmm..let see..

  1. Suka sangat mengadap komputer
  2. Boleh tenat kalau sehari takde internet
  3. Sentiasa mengimpikan dapat menikmati kebebasan kewangan (wah seronoknya!! ;) )
  4. Suka merayap and hang out dengan kawan-kawan
  5. Seorang yang meminati seni fotografi
  6. Suka kepada perniagaan
  7. Dah berpunya ;)
next I would to give this award to :